Isnin, 9 November 2009

Wahabi sebahagian ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Lebih 100 individu yang menggelar diri mereka sebagai Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM) mendakwa kerajaan menyembunyikan fatwa bahawa fahaman Wahabi merupakan sebahagian daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jurucakapnya, Dr. Azwira Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak seharusnya menyembunyikan fakta itu kerana ia telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

''Justeru, KIMM meminta kerajaan supaya tidak bersikap prejudis terhadap golongan yang dilabelkan berfahaman Wahabi hanya kerana perbezaan amalan setempat,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat KIMM di sini semalam.

Hadir pada mesyuarat itu ialah Penasihat KIMM, Datuk Seri Shahidan Kassim; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan para pemimpin tertinggi KIMM.

Bagaimanapun, Mohd. Asri tidak muncul pada sidang akhbar berkenaan.

Dalam sidang akhbar itu juga, KIMM mendesak kerajaan dan pihak berkuasa agama supaya berlaku adil kepada ilmuwan agama dengan membuat lapan tuntutan iaitu:

n Tidak bersikap prejudis atau melabel individu tertentu yang menyebarkan Islam sebagai sesat.

n Memberi layanan adil kepada semua pendakwah dalam pemberian tauliah mengajar dan memberi ceramah agama.

n Membuang 'senjata' tuduhan seperti gelaran Wahabi kepada tokoh agama hanya kerana perbezaan pendapat.

n Jangan membiarkan individu tertentu menuduh para ulama kerajaan Arab Saudi sebagai sesat.

n Hentikan cercaan kepada tokoh ilmuwan Islam seperti imam-imam mazhab empat, Ibnu Tamiyyah, Ibnu Qayyim, Imam Syaqibi Muhammad bin Abdul Wahab dan ilmuwan lain.

n Memberi ruang berdakwah secara adil kepada aliran yang tidak dikategorikan sesat.

n Mana-mana individu yang memiliki kelulusan pengajian Islam/agama yang sah perlu dikecualikan daripada tauliah.

n Tidak mengkategorikan fahaman yang berbeza dengan amalan setempat sebagai ajaran sesat.

IMAN Minta JAIS Jelaskan Apa Sebenarnya Kriteria 'Tauliah' Penceramah

PETALING JAYA: Persatuan Musliman Interaktif (IMAN) merasa begitu terganggu dengan isu JAIS-Dr Asri yang mengejutkan umat Islam di negara ini.

Perkara ini, menurut IMAN, mudah mencetuskan pergeseran kerana umat Islam akan berpihak-pihak, lantas berpecah belah.

Ini dinyata oleh presiden IMAN, Profesor Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzaman dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

"Umat Islam di Malaysia tidak memerlukan situasi seperti ini. Sudah tentu fokus dan usaha semua kita yang beragama Islam, apa lagi institusi, agensi dan pertubuhan Islam wajar ditumpukan kepada mengembangkan dan menganjurkan ajaran Islam bagi kebaikan bersama," jelas Kamar Oniah.

Kata beliau lagi, alasan JAIS ialah kerana Dr Asri tidak mempunyai 'tauliah' untuk mengajar dan berdakwah dalam negeri Selangor.

"Tapi Dr Asri adalah seorang sarjana Islam yang berkelayakan khususnya dalam bidang al-Quran dan hadith. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk menyebarkan ilmu yang dimilikinya, suatu 'tauliah' dalam bentuk amanah Illahi. Wajarkah seorang tokoh agama yang berilmu ini mengutamakan JAIS daripada perintah Allah?," soal Kamar Oniah.

Tambahnya, " Lagi pun, adalah menyalahi akhlak Islam dan menyalahi adab dan pekerti orang Melayu mengasari para ilmuan, apa lagi para 'ulama'.

"Tindakan JAIS ini menghina dan mencabar umat Islam dan orang Melayu. Apa yang dari kacamata JAIS merupakan tindakan untuk membetulkan satu 'kesalahan' telah berakhir dengan menjadi kesalahan yang lebih besar."

Menurut Kamar Oniah, IMAN menyeru JAIS untuk menjelaskan apa sebenarnya 'tauliah' yang diperkatakan itu.

"Apa sebenarnya tauliah yang diperkatakan itu? Bagaimana ia diberi? apakah kriteria penilaian, apakah perkara-perkara yang menyebabkan permohonannya ditolak dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk meluluskannya?"

Isnin, 3 Ogos 2009

PEJUANG SUNNAH

Syeikh Yusuf al-Qaradawi (bahasa Arab: يوسف القرضاوي‎) merupakan seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Khamis, 30 Julai 2009

Tips Menyintai Allah

Soalan:
Sebenarnya dalam hidup saya, saya rasa kosong saya ingin mencari satu kepastian....
Soalan saya bagaimanakah kita nak bercinta dengan Allah, iaitu cinta yang betul -betul kepadanya, sebab saya lihat kalau bercinta dengan makhluk sesama makhluk lama kelamaan kita akan alpa. Jadi, saya ingin tahu apakah tips untuk kita bercinta dengan Yang Maha Kuasa?
Syah, K Terengganu
Jawapan:
Bercinta dengan Allah bukanlah sepayah bercinta dengan makhluk. Malah Allah SWT memerintahkan semua makhluk manusia mencintaiNya dan mencintai RasulNya lebih dari segala-galanya dalam hidup ini. Orang yang tidak berbuat demikian dikira tidak beriman. Al-Quran dengan jelas menerangkan sesiapa yang cintakan Allah hendaklah mengikut semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAWT.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidhi menjelaskan apabila Allah SWt itu cinta kepada hamba-hambanya, Ia akan menguji hamba-hambaNya itu. Ini bermakna seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah mematuhi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang diturunkan kepada rasulNya. Ia juga harus tabah menghadapi ujian Allah samada berbentuk ujian nikmat mahupun ujian berbentuk kesusahan dan pemderitaan.
Ia juga mesti tidak takut kepada seseorang dalam memperkatakan kebenaran kecuali kepada Allah semata-mata. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari menjelaskan seseorang yang bercinta dengan Allah hendaklah melaksanakan segala yang difardukan oleh Allah. Ia akan semakin hampir dan dekat dengan Allah apabila ia melaksanakan segala ibadat sunat.
Di kala itu Allah SWT akan mengawasi pendengarannya dari mendengar sesuatu yang haram, memelihara penglihatannya dari melihat sesuatu yang haram dan tangannya dari memegang sesuatu yang bukan miliknya dan haram pula. Allah SWT akan memperkenankan segala permintaannya dan akan memberi pertolongan kepadanya.
Kesimpulannya bercinta dengan Allah ialah kewajipan semua makhluk dan ia dilakukan dengan cara melakukan segala perkara yang diredai oleh Allah baik yang fardu mahupun yang sunat sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW di samping meredai qadak dan qadarNya.

KEKEJAMAN DI PALESTIN



RINTIHAN PALESTIN

BUAT MUSLIMAH



ETIKA pakaian umat islam khususnya muslimah seharusnya tidak boleh dipandang ringan kerana mendedah aurat adalah BERDOSA..
Sedar lah kamu wahai kaum muslimah akan ketetapan Allah kepada kamu dalam mengenakan pakaian kamu haruslah megikut perintah Allah...
kerana setiap perintah itu pasti ada kebaikan kepada kamu di dunia dan akhirat juga..

AMALAN BIDAAH YANG TERSELINDUNG



Amalan ini adalah TIDAK SAMA SEKALI dilakukan oleh Nabi. Wahai umat islam sedar lah kamu daripada perbuatan bidaah yang tidak dilakukan tanpa disedari ini.