Rabu, 10 Jun 2009

Kedudukan Hadis di dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah.

Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;
Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)

Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)

Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.

Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;

Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Selasa, 9 Jun 2009

Sahabat Nabi Yang Terkenal

Ketahuilah anda semua para sahabat Rasullah S.A.W..Terdapat juga 10 antara para sahabat yang telah dikhabarkan syurga oleh Rasullah.

1.Abbad ibn Bishr
2.Abdullah ibn Abbas
3.Abdullah ibn Amru
4.Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi
5.Abdullah ibn Jahsy
6.Abdullah ibn Mas'ud
7.Abdullah ibn Rawahah
8.Abdullah ibn Salam
9.Abdullah ibn Umar
10.Abdullah ibn Umm Maktum
11.Abdullah ibn Zubair
12.Abdur Rahman ibn Auf
13.Abu Ayyub al-Ansari
14.Abu Dzar al-Ghifari
15.Abu Musa Al-Asya'ari
16.Abu Hurairah
17.Abu Said Al-Khudri
18.Abu Sufyan ibn Al-Harith
19.Abu Ubaidah Al-Jarrah
20.Abu Darda'
21.Abul As ibn ar-Rabiah
22.Adi ibn Hatim
23.Ammar ibn Yasir
24.Amru Al-Ash
25.Amr ibn Jamuh
26.Anas ibn Malik al-Ansari
27.An-Nuayman bin Amr
28.At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
29.Aqil ibn Abi Thalib
30.Asma binti Abu Bakar
31.Barakah
32.Bara' ibn Malik al-Ansari
33.Bilal bin Rabah
34.Fairuz Ad-Dailami
35.Habib ibn Zaid al-Ansari
36.Hajar ibn Adi
37.Hakim ibn Hazm
38.Hamzah bin Abdul Muttalib
39.Huzaifah Al-Yamani
40.Ikrimah ibn Abu Jahal
41.Ja'afar ibn Abi Thalib
42.Julaibib
43.Khabbab ibn al-Aratt
44.Khalid bin al-Walid
45.Miqdad Al-Aswad
46.Muaz ibn Jabal
47.Muawiyah ibn Abu Sufyan
48.Muhammad ibn Maslamah
49.Mus'ab ibn Umair
50.Nu'man ibn Muqarrin
51.Nu'man ibn Basyir
52.Nuaim ibn Mas'ud
53.Rabiah bin Ka'ab
54.Ramlah binti Abu Sufyan
55.Rumaysa binti Milhan
56.Sa'ad ibn Abi Waqqas
57.Said ibn Amir al-Jumahi
58.Said ibn Zayd
59.Salim Maula Abi Huzaifah
60.Salman Al-Farisi
61.Suhaib Ar-Rumi
62.Suhail ibn Amr
63.Talhah ibn Ubaidillah
64.Thabit ibn Qais
65.Thumamah ibn Uthal
66.Ubay ibn Ka'ab
67.Umair ibn Sa'ad al-Ansari
68.Umair ibn Wahab
69.Ummu Salamah
70.Uqbah ibn Amir
71.Usamah ibn Zaid
72.Utbah ibn Ghazwan
73.Uwais Al-Qarni
74.Zaid ibn Harithah
75.Zaid ibn Thabit
76.Zubair ibn Awwam

Allah S.W.T

Hadith Muslim

Dari Abi Hurairah r.a dari Nabi saw ia bersabda: Barangsiapa yang melapangkan dari mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan dari segala kedukaan pada hari qiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan atas orang yang susah nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam dunia dan akhirat. Dan barangsiapa menutupi rahsia seorang Islam nescaya Allah menutupinya dalam dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selama hambaNya itu dalam usaha menolong saudaranya.

Dan barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah mudahkan baginya satu jalan kepada syurga. Dan tidak berhimpun satu kaum dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka itu ketenangan dan diliputi mereka itu oleh rahmat dan dilingkungi mereka itu oleh malaikat dan Allah menyebut nama mereka kepada yang berada di sisiNya. Dan barangsiapa yang terlambat dengan dia amalannya, tidaklah akan segera (naik) dengan nasabnya (keturunannya). (Riwayat Muslim)